Skip to main content

Tutorial 1

Tingkatan 4

Minggu Pertama persekolahan


Tajuk: Pengenalan kepada perakaunan

i) Pendedahan kepada Penyata Kewangan
- Penyata Pendapatan( Income Statement)
penyata yang mengukur prestasi perniagaan ( untung atau rugi)
-Kunci Kira Kira ( Balance Sheet )
penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan ( aset,
hutang/liabiliti dan modal )

ii) Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata Kewangan ialah pemilik
perniagaan dan pemilik pula MELANTIK pihak yang diberi tanggungjawab untuk
menguruskan penyata kewangan iaitu;-
- Akauntan - menyedia dan mengesahkan penyata kewangan, memberi nasihat dan
merancang dasar dasar kewangan.
- Pengurus Kewangan- Pelaporan kewangan, akaun bulanan dan tahunan(
Analisa)dan laporan kpd pihak atasan.
- Pengurus Akaun- Menyelenggarakan semua transaksi kewangan dan mengesahkan
ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan.

iii) Pengguna penyata Kewangan
- Pengguna dalaman
pemilik perniagaan dan pihak pengurusan
- Pengguna luaran
pihak bank, pemegang saham , kerajaan, LHDN, pemiutang.

iv) Kepentingan Penyata Kewangan dalam perniagaan
- Pengguna dalaman- mengetahui prestasi perniagaan, merancang dan menbuat
keputusan perniagaan.
- Pengguna Luaran - menilai kemampuan perniagaan untuk menbayar hutang, mantafsir cukai pendapatan, mengetahui prestasi perniagaan bagi tujuan pelaburan.

Next week....Sejarah perakaunan

Comments

Popular posts from this blog

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang ...
Assalamualaikum semua... Minta maaf sebab lama tak update blog ni. Akhir bulan 12 tahun lepas, cikgu tak berapa sihat.. Hari ni 30 April 2012 baru rasa bertenaga sikit.. so rasanya bolehlah cikgu update kan blog cikgu..Cikgu nak tunjukkan cara menggunakan Qgrafik yang cikgu cipta tu. Insyaallah Next post cikgu ceritakan bagaimana untuk menggunakan Qgrafik untuk menjawab soalan Penyata pendapatan. Sekian wassalam