Skip to main content

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang sesuatu topik yang akan kita pelajari dikelas. Dengan cara ini barulah keseronokan belajar dirumah akan terbawa bawa ke sekolah kerana kita sudah mempunyai target untuk mempelajari sesuatu pada hari itu. Perasaan ingin tahu kita akan membuatkan kita menumpukan perhatian didalam kelas. Kawan kawan yang mengganggu sebenarnya mereka tidak mempunyi tujuan hidup. MAka kita haruslah sabar dan apa salahnya jika dia ganggu, kita ajak dia sekali untuk belajar sama sama. Buat kumpulan belajar maka lama kelamaan semua akan mendapat faedah. Sebenarnya sesuatu kejayaan yang datang bukan datang secara mudah. Setelah segakla pengorbanan yang kita lakukan, dugaan dan rintangan kita tempuhi maka kemanisan kejayaan akan datang . In Syaa Allah.

Comments

Anonymous said…
dear cikgu firdaus..

thanks a lot for all you did to me...from a student who fail "prinsip akaun" from form 4 until spm trial but get A1 in spm its just amazing...you did change me in just 1 month..now, i have diploma,degree and master in accountancy because of the love you show me in accounting...accounting is not figures but its a beauty of creativity and passions...

dear students, you should be grateful coz you have cikgu firdaus,,,he just not teach you but give all he has to make sure you will success...

thanks again cikgu firdaus..

salam ikhlas..

mohd tarmizi
(ex-saujana student year 1999-2003)
UiTM Lecturer
Mohd Tarmizi

Anda telah berjaya. Cikgu amat bangga.Tersangat bangganya. , Cikgu berharap sangat awak dapat datang ke smk ps untuk bantu cikgu beri sedikit motivasi untuk pelajar cikgu.

Popular posts from this blog

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI Langkah 1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan ) 2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya) 3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai