Tuesday, April 30, 2013

Petua kejayaan dan keberkatan ilmu yang dipelajari

Sepanjang cikgu menjadi seorang guru, cikgu ditanya oleh beberapa orang pelajar." Cikgu, saya dah banyak baca buku.Semua latihan yang cikgu beri saya buat dengan baik. Tapi bila exam saya masih tidak dapat keputusan yang baik. Mengapa Cikgu? " Jawapan ini telah cikgu berikan kepada pelajar cikgu. " Belajar ialah sesuatu yang amat luas. Bukan setakat ilmu yang kita belajar dalam kelas.Ilmu yang didalam kelas adalah pelajaran yang kita pelajari. tapi untuk ilmu tadi kekal dalam ingatan kita maka ada beberapa perkara yang perlu diambil kira : 1. Pastikan solat kita cukup dan sempurna dan sertakan dengan doa.. Jika kita belajar sekuat manapun kalau kita tidak menjaga solat kejayaan pasti jauh daripada kita. Walaupun kita mendapat A untuk subjek tersebut tapi suatu hari banyak perkara yang akan menyekat kejayaan kita. Contohnya, dah dapat segulung ijazah tapi sangat susah nak dapat pekerjaan. Cupa para pelajar fikir mengapa ia terjadi??? Nak kata tak pandai....rasanya pandai sangat sebab telah memegang segulung ijazah..TAPI sebenarnya yang terjadi ialah keberkatan ilmu tadi. 2. Hormati dan sayangi ibu bapa anda. Segala arahan ibu bapa haruslah kita ikut dan taat. JAngan melawan walau sepatahpun segala percakapan dan teguran mereka. KAlau para pelajar ingin tahu betapa penatnya ibubapa anda memdiddik anda. memerka bekerja siang dan malam demi untuk menyekolahkan anda. Hantar anda tuisyen untuk menmbahkan ilmu anda. Siang bekerja, malam bekerja untuk mencari wang . Bukan untuk dia. Tapi untuk anda. memera nak suatu hari nanti anda berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. 3. Hormati guru anda. Guru di abad ini tidak dihormati oleh segelintir pelajar. Cikgu ingin imbas kembali " Guru masa lampau" Dulu... Guru amat dihormati oleh masyarakat. Guru disanjung tinggi dan ditaati oleh pelajar. Anda lihat apa hasilnya. Maka lahirlah bijak pandai yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Walaupun mereka tidak menjadi seorang yang ternama tetapi mempunyai akhlak dan pemikiran yang cerdik. Cuba anda temubual orang tua yang ada sekarang, tanya beberapa soalan maka jawapan yang anda dapat cukup bernas dan padat dengan ilmu. Walaupun dia bukan seorang doktor, bukan seorang jurutera, bukan seorang polis...hanya seorang yang digelar petani... siapa yang memnbentuk mereka....GURU MASA LAMPAU. Jadi hormatilah guru anda di zaman ini sebagaimana datuk nenek kita menghormati guru di masa lampau jikalau kita ingin menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Cikgu ingin berkongsi satu cerita . Kisah BENAR yang cikgu sendiri alami. Tahun 2005 dalam kenangan cikgu. Cikgu mengajar subjek prinsip perakaunan. Pada masa yang sama cikgu juga diminta oleh kawan cikgu untuk mengajar tuisyen sebelah malam. Kebetulan pelajar ini belajar di sekolah cikgu dan dia juga tuisyen dengan cikgu. Pelajar ini berjaya mengikut segala teknik yang cikgu ajar sehinggakan dia memang calon A cikgu.Cikgu pun hairan mengapa dia masih ingin tuisyen dengan cikgu. Sebenarnya ada sesuatu yang dicari oleh dia. DIa jadikan tuisyen cikgu alasan untuk dia menipu ibunya. Sebenarnya dia jadikan malam untuk dia berjumpa dengan pakwenya. dia memberi alasan kepad maknya cikgu tukar hari tuisyen dari malam isnin ke malam selasa. JAdi pada malam selasa dia berpeluang untuk jumpa pakwenya. Bila tiap tiap minggu tukar malam tuisyen . Keluarganya marah gila pada cikgu. Abangnya datang ke pusat tuisyen untuk menhyerang cikgu. ditendangnya pintu . tapi pada malam itu memang cikgu tidak dapat hadir sebab diminta oleh pusat tuisyen untuk ditukar dengan subjek mat tambahan. jAdi cikgu mat tambahan yang terkejut badak. Cikgu terselamat. TAk puas di pusat tuisyen maknya pulak menyerang di sekolah. Allah masih sayang pada cikgu , kebetulan cikgu Ada kursus. Cikgu lain jugak yang kena. Bermula daripada hari tersebut cikgu terpaksa meminta bantuan pihak polis. Cikgu tetap mengajar pelajar itu sehingga dia dapat A dalam peperiksaan SPM. Tapi hati cikgu cukup Hancur. Cikgu masih tidak dapat memaafkan dia.Masih ada parut yang melekat dihati cikgu. Cikgu cuba lupakan sebab kita dapat pahala yang banyak jika kita berjaya memaafkan seseorang...2 tahun kemudian cikgu dapat berita yang pelajar tadi telah dibuang universiti dan juga dibuang oleh keluarganya. Nampak tak....Keberkatan tiada. Keluarganya bila jumpa cikgu terus mengelak. Malu....Jadi hormatilah guru Cikgu rasa cukuplah dulu kali ini. semoga dengan sedikit tips untuk berjaya dalam pelajaran dan hidup cikgu harap para pelajar cubalah buat tiga perkara tadi iaitu solat dan doa , hormati ibubapa dan hormati guru anda.Semoga anda semua terus berjaya dan berjaya. wassalam.

Wednesday, April 24, 2013

Sekalung tahniah cikgu ucapkan kepada Pelajar Cikgu SPM 2012.

Assalamualaikum Tahniah cikgu ucapkan diatas kejayaan anda. Seramai 23 calon daripadfa 29 calon yang mendapat Gred A. ( 10 orang A+, 12 orang A dan 1 orang A-) Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya anda semua berjaya dengan cemerlang, walaupun kesihatan cikgu terganggu sedikit tahun lepas. Berkat kesabaran para pelajar semua Allah kurniakan kejayaan kepada anda. Tahniah sekali lagi daripada cikgu.