Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang…