Skip to main content

Apa khabar semua

Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Hari ini 8 Januari 2011, cikgu berazam ingin berkongsi ilmu dengan para pelajar semua melalui blog cikgu yang tak seberapa ini. Cikgu telah memulakan blog cikgu ini pada disember 2009. tapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas sebagai guru cikgu tidak dapat update blog cikgu dengan sempurna. Cikgu minta maaf diatas kesulitan yang berlaku.

Tahun 2011, merupakan tahun pertama para pelajar akan menduduki peperiksaaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan menggunakan sukatan terbaru dengan 3 kertas iaitu:
i) kertas 1 ( Objektif)
ii) kertas 2
iii) kertas 3 ( Kerja Kursus)

Untuk kertas 2, perubahan bagi soalan no 1 (Dokumen) sudah tidak termasuk dalam soalan SPM, maka semua format penyoalan kertas 2 mungkin akan berubah. Cikgu harap semua pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan. Di sini cikgu sedia membantu semua pelajar. InsyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI Langkah 1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan ) 2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya) 3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai...

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.