Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Tutorial 1

Tingkatan 5 Perakaunan untuk tunai i) Tujuan Kawalan Tunai - mengelakkan berlakunya kehilangan tunai kerana kecurian, penipuan dan penyelewengan. ( Urusniaga tunai harus disokong oleh dokumen yang sah) - memastikan terdapat tunai yang cukup -byr hutang, biayai perbelanjaan operasi perniagaan. - mengelakkan berlakunya kehilangan hasil( Wang haruslah dilaburkan untuk mendapatkan hasil- tunai yang terbiar ditangan) ii) Penyata Penyesuaian bank Cara penyediaan penyata penyesuaian bank Tolong klik disini

Tutorial 1

Tingkatan 4 Minggu Pertama persekolahan Tajuk: Pengenalan kepada perakaunan i) Pendedahan kepada Penyata Kewangan - Penyata Pendapatan( Income Statement) penyata yang mengukur prestasi perniagaan ( untung atau rugi) -Kunci Kira Kira ( Balance Sheet ) penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan ( aset, hutang/liabiliti dan modal ) ii) Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata Kewangan ialah pemilik perniagaan dan pemilik pula MELANTIK pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan penyata kewangan iaitu;- - Akauntan - menyedia dan mengesahkan penyata kewangan, memberi nasihat dan merancang dasar dasar kewangan. - Pengurus Kewangan- Pelaporan kewangan, akaun bulanan dan tahunan( Analisa)dan laporan kpd pihak atasan. - Pengurus Akaun- Menyelenggarakan semua transaksi kewangan dan mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan. iii) Penggu

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohidin Dari SMK kuala Krau kerana telah menyumbangkan RPT Prinsip Perakaunan untuk Kegunaan semua guru guru. Tarikh cikgu cikgu bolehlah ubah ikut kesesuaian takwim sekolah masing masing. Cikgu cikgu bolehlah download disebelah kanan blog saya ni. Sekian Terima kasih.

Apa khabar semua

Assalamualaikum dan salam satu malaysia Hari ini 8 Januari 2011, cikgu berazam ingin berkongsi ilmu dengan para pelajar semua melalui blog cikgu yang tak seberapa ini. Cikgu telah memulakan blog cikgu ini pada disember 2009. tapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas sebagai guru cikgu tidak dapat update blog cikgu dengan sempurna. Cikgu minta maaf diatas kesulitan yang berlaku. Tahun 2011, merupakan tahun pertama para pelajar akan menduduki peperiksaaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan menggunakan sukatan terbaru dengan 3 kertas iaitu: i) kertas 1 ( Objektif) ii) kertas 2 iii) kertas 3 ( Kerja Kursus) Untuk kertas 2, perubahan bagi soalan no 1 (Dokumen) sudah tidak termasuk dalam soalan SPM, maka semua format penyoalan kertas 2 mungkin akan berubah. Cikgu harap semua pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan. Di sini cikgu sedia membantu semua pelajar. InsyaAllah