Friday, October 14, 2011

Akaun kelab dan persatuan

Pada hari ini cikgu cuba mengaplikasikan kaedah QGrafik untuk bab Akaun kelab dan persatuan. Ia agak berbeza sedikit dengan cara biasa, dan gadgetnya pun cikgu tambahkan.

Sedikit Tips untuk merancang jawapan bagi soalan akaun kelab dan persatuan( Dengan kaedah Qgrafik)

(Kebiasaan dalam akaun kelab dan persatuan diberikan buku tunai samada diberikan terus buku tunai yang telah di kirakan baki akhirnya dan kadang kadang diberikan sebelah penerimaan dan sebelah pembayaran. Melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat sama caranya kita merekodkan maklumat dari imbangan duga ke akaun penamat cuma baki dalam imbangan duga dimasukan terus kedalam akaun penamat mengikut baki akhirnya. manakala jika melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat mengikut sistem catatan bergu. Jika dalam buku tunai sebelah debit maka dalam akaun penamat akan direkodkan sebelah kredit. Baki awal yang diberikan untuk mencari dana terkumpul manakala baki akhir adalah untuk direkodkan ke dalam kunci kira kira.)

Untuk menggunakan kaedah Qgrafik dalam soalan akaun kelab dan persatuan nampaknya cikgu kena kemaskini dulu tekniknya. Ini adalah kerana petang tadi cikgu cuba pada 20 orang student cikgu tapi nampaknya mereka masih keliru walaupun mendapat jawapan yang betul. Nampaknya ada beberapa teknik yang perlu cikgu kemaskinikan. Mungkin juga gadgetnya perlu ditambahkan.

Jika berjaya cikgu rasa dengan kaedah Q Grafik ini kita dapat kuasai:
1.Penyata pendapatan (milikan tunggal )
2.Perkongsian
3.Akaun kelab dan persatuan
4.Rekod tak lengkap
5.Persamaan perakaunan
6.Kontra akaun
7.Pelarasan pada tarikh imbangan

Diharap student cikgu senantiasa mendoakan cikgu untuk sentiasa mendapat idea untuk memudahkan para pelajar mendapat kaedah yang terbaik untuk menjawab soalan dan mendapat markah semaksimum yang boleh. Terima kasih semua pelajar cikgu ...terutamanya pelajar kelas 5 PZ 2011...U all the best. Good Luck

Monday, October 10, 2011

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.

Monday, October 3, 2011

Kaedah menjawab soalan penyata pendapatan milikan tunggal

Kaedah QGRAFIK

Kaedah qgrafik ialah satu kaedah yang telah cikgu cipta untuk membantu para pelajar dalam menjawab soalan penyata pendapatan. Q Grafik ( Kewangan Graf ) ialah satu gabungan pembelajaran yang menrangkumi beberapa kemahiran iaitu

1.persamaan perakaunan
2.Kontra akaun
3.Catatan bergu
4.Terakru terdahulu ( Hasil dan belanja)
5.Hafalan format penyata pendapatan.