Assalamualaikum
Tahniah cikgu ucapkan diatas kejayaan anda. Seramai 23 calon daripadfa 29 calon yang mendapat Gred A. ( 10 orang A+, 12 orang A dan 1 orang A-) Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya anda semua berjaya dengan cemerlang, walaupun kesihatan cikgu terganggu sedikit tahun lepas. Berkat kesabaran para pelajar semua Allah kurniakan kejayaan kepada anda.
Tahniah sekali lagi daripada cikgu.
Assalamualaikum semua. Pada 7 hb ni para pelajar Prinsip perakaunan akan menduduki peperiksaan SPM. Cikgu beharap para pelajar telah mengulangkaji semua topik dengan baik. Susunlah jadual belajar dengan baik dan jujurlah pada jadual yang kita buat. InsyaAllah kejayaan akan bersama sama dengan anda.
Comments