Skip to main content

kerja kursus Tingkatan Lima


Sudah Hampir 3 minggu pelajar menyediakan kerja kursus tingkatan Lima.
Apa yang boleh cikgu tolong ialah dengan memberi nasihat sahaja kerana kerja kursus
adalah kerja yang pelajar kena buat dengan sendirinya. Setelah cikgu mengamati soalan yang diberikan cikgu rasa banyak maklumat yang boleh para pelajar cungkil daripada soalan tersebut dan secara tak langsung proses pembelajaran telah berlaku. daripada menyediakan lejar sehinggalah ke Imbangan duga. Selesai imbangan duga para pelajr diuji dengan pelarasan yang turut serta menguji pemahaman pelajar tentang susut nilai, hutang ragu,hasil dan belanja terakru dan terdahulu dan kesilapan yang mungkin terjadi apabila menyediakan akaun.seterusnya diuji pula dengan tafsiran akaun dan pemyediaan belanjawan. INGAT belanjawan adalah berkaitan dengan WANG iaitu aliran wang masuk dan keluar. OLeh itu KEPEKAAN pelajar dengan segala MAKLUMAT yang direkod adalah di uji dalam soalan ini.

Cikgu harap para pelajar berusaha dengan gigih untuk memahami kehendak soalan dengan baik. Segala kemuskilan boleh lah bertanya dengan guru masing masing. Insyaallah

Selamat maju jaya semua.....ingat 31 Mei sudah makin hampir.

Comments

Maryam said…
salam,cikgu. saya nk tanya tentang kerja kursus ting.5. soalan tentang kena buat pelarasan tu , setiap individu kena wujudkan susut nilai , peruntukan hutang ragu dan lain2 mengikut idea masing2 ka? ataupun mengikut maklumat yang ada dalam soalan ?

Popular posts from this blog

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang ...
Assalamualaikum semua... Minta maaf sebab lama tak update blog ni. Akhir bulan 12 tahun lepas, cikgu tak berapa sihat.. Hari ni 30 April 2012 baru rasa bertenaga sikit.. so rasanya bolehlah cikgu update kan blog cikgu..Cikgu nak tunjukkan cara menggunakan Qgrafik yang cikgu cipta tu. Insyaallah Next post cikgu ceritakan bagaimana untuk menggunakan Qgrafik untuk menjawab soalan Penyata pendapatan. Sekian wassalam