Skip to main content

Kerja Kursus

Popular posts from this blog

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI

Langkah
1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan )

2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya)

3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai te…

Muslim Accountants

Kem muslim accountant telah diadakan di MAsjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut PAhang. Tem ini telah dirancang khas untuk pelajar pelajar Prinsip Perakaunan Daerah Jerantut. Cikgu telah dibantu oleh bekas bekas pelajar Prinsip Perakaunan dan juga anak anak jerantut yang masih menuntut di universiti. Sepanjang kem ini para pelajar telah didedahkan dengan prospek perakaunan dasn juga motivasi diri untuk menjadi pelajar yang lebih berjaya.

Tutorial 1

Tingkatan 4

Minggu Pertama persekolahan

Tajuk: Pengenalan kepada perakaunan

i) Pendedahan kepada Penyata Kewangan
- Penyata Pendapatan( Income Statement)
penyata yang mengukur prestasi perniagaan ( untung atau rugi)
-Kunci Kira Kira ( Balance Sheet )
penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan ( aset,
hutang/liabiliti dan modal )

ii) Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata Kewangan ialah pemilik
perniagaan dan pemilik pula MELANTIK pihak yang diberi tanggungjawab untuk
menguruskan penyata kewangan iaitu;-
- Akauntan - menyedia dan mengesahkan penyata kewangan, memberi nasihat dan
merancang dasar dasar kewangan.
- Pengurus Kewangan- Pelaporan kewangan, akaun bulanan dan tahunan(
Analisa)dan laporan kpd pihak atasan.
- Pengurus Akaun- Menyelenggarakan semua transaksi kewangan dan mengesahkan
ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan.

iii) Pengguna penyata …