Skip to main content

Tutorial 2

Tingkatan 5

Belanjawan Tunai dan Varian

Fungsi belanjawan Tunai
1. Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan
2. Mempertimbangkan permohonan pinjaman kewangan
3. Mengukur keupayaan tunai samada mampu atau tidak untuk membayar perbelanjaan dan hutang perniagaan
4. Mengawal aliran masuk dan keluar
5. Membuat perbandingan diantara pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan yang dianggarkan.
6. Menyediakan maklumat tentang penerimaan ,pembayaran dan baki tunai bagi tempoh tertentu

Jika ada permasalahan berkenaan bab ini bolehlah para pelajar bertanya disini.Insyaallah cikgu akan cuba selesaikan.

Comments

Anonymous said…
salam sejahtera
cikgu, kalau soalannya tanya penyata Belanjawan Tunai dan Varian, perlu tak sediakan belanjawan tunai dulu baru sediakan belanjwan tunai dan varian?

Popular posts from this blog

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI Langkah 1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan ) 2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya) 3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.