Skip to main content

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI

Langkah
1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan )

2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya)

3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai tersebut terlebih tolak maka nilai yang terlebih tadi haruslah direkodkan dalam buku tunai yang baru disebelah debit. Begitulah sebaliknya. Jika ada pulak cek tendang maka nilai cek tendang tadi haruslah ditolakkan dalam buku tunai yang baru.

4. Sediakan penyata penyesuaian bank dengan memulakan dengan baki buku tunai yang baru. Kemudian ambilkan nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai lama untuk direkodkan dalam PPB. Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit ialah cek yang belum dikreditkan manakala nilai yang tidak ditandakan sebelah kredit ialah yang yang belum dikemukakan.

5. Nilai Akhir ialah nilai yang sama dengan baki akhir dalam penyatabank.

Comments

tasya syadia said…
ouh . cikgu . kalo nk tahu pasal kesilapan catatan tu nk buat mcm mne ? saya kena catat bhgn mana ? kene tolak kan ?
Jika kesilapan berlaku disebelah kredit buku tunai iaitu sebagai contoh terlebih tolak sepatutnya RM 136 tetapi ditolakkan dalam buku tun ai RM163 Oleh itu nilai beza (RM 27) diantara nilai sebenar dengan nilai yang salah haruslah di debitkan dalam buku tunai yang baru dan sebaliknya.
Anonymous said…
Kalau penyata penyesuaian bank dengan mengemaskini buku tunai macam mana pula ?
Anonymous said…
Salam .cikgu.. mcmna mo kira klu ada terima dan byr yg guna diskaun ?

Popular posts from this blog

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang