Skip to main content

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI

Langkah
1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan )

2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya)

3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai tersebut terlebih tolak maka nilai yang terlebih tadi haruslah direkodkan dalam buku tunai yang baru disebelah debit. Begitulah sebaliknya. Jika ada pulak cek tendang maka nilai cek tendang tadi haruslah ditolakkan dalam buku tunai yang baru.

4. Sediakan penyata penyesuaian bank dengan memulakan dengan baki buku tunai yang baru. Kemudian ambilkan nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai lama untuk direkodkan dalam PPB. Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit ialah cek yang belum dikreditkan manakala nilai yang tidak ditandakan sebelah kredit ialah yang yang belum dikemukakan.

5. Nilai Akhir ialah nilai yang sama dengan baki akhir dalam penyatabank.

Comments

tasya syadia said…
ouh . cikgu . kalo nk tahu pasal kesilapan catatan tu nk buat mcm mne ? saya kena catat bhgn mana ? kene tolak kan ?
Jika kesilapan berlaku disebelah kredit buku tunai iaitu sebagai contoh terlebih tolak sepatutnya RM 136 tetapi ditolakkan dalam buku tun ai RM163 Oleh itu nilai beza (RM 27) diantara nilai sebenar dengan nilai yang salah haruslah di debitkan dalam buku tunai yang baru dan sebaliknya.
Anonymous said…
Kalau penyata penyesuaian bank dengan mengemaskini buku tunai macam mana pula ?
Anonymous said…
Salam .cikgu.. mcmna mo kira klu ada terima dan byr yg guna diskaun ?

Popular posts from this blog

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.