Skip to main content

Posts

Muslim Accountants

Kem muslim accountant telah diadakan di MAsjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut PAhang. Tem ini telah dirancang khas untuk pelajar pelajar Prinsip Perakaunan Daerah Jerantut. Cikgu telah dibantu oleh bekas bekas pelajar Prinsip Perakaunan dan juga anak anak jerantut yang masih menuntut di universiti. Sepanjang kem ini para pelajar telah didedahkan dengan prospek perakaunan dasn juga motivasi diri untuk menjadi pelajar yang lebih berjaya.

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang ...

Petua kejayaan dan keberkatan ilmu yang dipelajari

Sepanjang cikgu menjadi seorang guru, cikgu ditanya oleh beberapa orang pelajar." Cikgu, saya dah banyak baca buku.Semua latihan yang cikgu beri saya buat dengan baik. Tapi bila exam saya masih tidak dapat keputusan yang baik. Mengapa Cikgu? " Jawapan ini telah cikgu berikan kepada pelajar cikgu. " Belajar ialah sesuatu yang amat luas. Bukan setakat ilmu yang kita belajar dalam kelas.Ilmu yang didalam kelas adalah pelajaran yang kita pelajari. tapi untuk ilmu tadi kekal dalam ingatan kita maka ada beberapa perkara yang perlu diambil kira : 1. Pastikan solat kita cukup dan sempurna dan sertakan dengan doa.. Jika kita belajar sekuat manapun kalau kita tidak menjaga solat kejayaan pasti jauh daripada kita. Walaupun kita mendapat A untuk subjek tersebut tapi suatu hari banyak perkara yang akan menyekat kejayaan kita. Contohnya, dah dapat segulung ijazah tapi sangat susah nak dapat pekerjaan. Cupa para pelajar fikir mengapa ia terjadi??? Nak kata tak pandai....rasanya pa...

Sekalung tahniah cikgu ucapkan kepada Pelajar Cikgu SPM 2012.

Assalamualaikum Tahniah cikgu ucapkan diatas kejayaan anda. Seramai 23 calon daripadfa 29 calon yang mendapat Gred A. ( 10 orang A+, 12 orang A dan 1 orang A-) Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya anda semua berjaya dengan cemerlang, walaupun kesihatan cikgu terganggu sedikit tahun lepas. Berkat kesabaran para pelajar semua Allah kurniakan kejayaan kepada anda. Tahniah sekali lagi daripada cikgu.
Assalamualaikum semua... Minta maaf sebab lama tak update blog ni. Akhir bulan 12 tahun lepas, cikgu tak berapa sihat.. Hari ni 30 April 2012 baru rasa bertenaga sikit.. so rasanya bolehlah cikgu update kan blog cikgu..Cikgu nak tunjukkan cara menggunakan Qgrafik yang cikgu cipta tu. Insyaallah Next post cikgu ceritakan bagaimana untuk menggunakan Qgrafik untuk menjawab soalan Penyata pendapatan. Sekian wassalam

Bengkel daerah Jerantut

PAda 5 hb 9 2011 satu bengkel daerah Prinsip perakaunan telah dilaksanakan di SMK Padang Saujana Jerantut PAhang. Sebanyak 10 buah sekolah telah menghantar peserta masing masing. Antara topik yanmg dibincangkan ialah Penyat pendapatan milikan tunggal, perkongsian, akaun kelab dan persatuan.

Akaun kelab dan persatuan

Pada hari ini cikgu cuba mengaplikasikan kaedah QGrafik untuk bab Akaun kelab dan persatuan. Ia agak berbeza sedikit dengan cara biasa, dan gadgetnya pun cikgu tambahkan. Sedikit Tips untuk merancang jawapan bagi soalan akaun kelab dan persatuan( Dengan kaedah Qgrafik) (Kebiasaan dalam akaun kelab dan persatuan diberikan buku tunai samada diberikan terus buku tunai yang telah di kirakan baki akhirnya dan kadang kadang diberikan sebelah penerimaan dan sebelah pembayaran. Melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat sama caranya kita merekodkan maklumat dari imbangan duga ke akaun penamat cuma baki dalam imbangan duga dimasukan terus kedalam akaun penamat mengikut baki akhirnya. manakala jika melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat mengikut sistem catatan bergu. Jika dalam buku tunai sebelah debit maka dalam akaun penamat akan direkodkan sebelah kredit. Baki awal yang diberikan untuk mencari dana terkumpul manakala baki akhir adalah untuk direkodkan ke dalam kunci kira kir...

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.

Kaedah menjawab soalan penyata pendapatan milikan tunggal

Kaedah QGRAFIK Kaedah qgrafik ialah satu kaedah yang telah cikgu cipta untuk membantu para pelajar dalam menjawab soalan penyata pendapatan. Q Grafik ( Kewangan Graf ) ialah satu gabungan pembelajaran yang menrangkumi beberapa kemahiran iaitu 1.persamaan perakaunan 2.Kontra akaun 3.Catatan bergu 4.Terakru terdahulu ( Hasil dan belanja) 5.Hafalan format penyata pendapatan.

kerja kursus Tingkatan Lima

Sudah Hampir 3 minggu pelajar menyediakan kerja kursus tingkatan Lima. Apa yang boleh cikgu tolong ialah dengan memberi nasihat sahaja kerana kerja kursus adalah kerja yang pelajar kena buat dengan sendirinya. Setelah cikgu mengamati soalan yang diberikan cikgu rasa banyak maklumat yang boleh para pelajar cungkil daripada soalan tersebut dan secara tak langsung proses pembelajaran telah berlaku. daripada menyediakan lejar sehinggalah ke Imbangan duga. Selesai imbangan duga para pelajr diuji dengan pelarasan yang turut serta menguji pemahaman pelajar tentang susut nilai, hutang ragu,hasil dan belanja terakru dan terdahulu dan kesilapan yang mungkin terjadi apabila menyediakan akaun.seterusnya diuji pula dengan tafsiran akaun dan pemyediaan belanjawan. INGAT belanjawan adalah berkaitan dengan WANG iaitu aliran wang masuk dan keluar. OLeh itu KEPEKAAN pelajar dengan segala MAKLUMAT yang direkod adalah di uji dalam soalan ini. Cikgu harap para pelajar berusaha dengan gigih untuk memahami k...

Borang permohonan sijil LCCI

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan sijil LCCI dan satu (1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM 25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN. BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima. Untuk Pelajar sekolah Padang Saujana , cikgu harap dapatlah download borang di sini dan serahkan kepada cikgu secepat yang boleh. Cikgu akan kumpulkan dan hantarkan secara berkumpulan. Semua sekolah di Jerantut dapatlah memuat turun borang permohonan disini. Borang Permohonan Sijil LCCI Peraturan mengisi Borang LCCI Sekian Wassalam

Tahniah !

Cikgu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cikgu yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Tahniah dan semoga maju jaya. Selamat menjadi mahasiswa.

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank

MENGEMASKINI BUKU TUNAI Langkah 1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan ) 2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya) 3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai...

Tutorial 2

Tingkatan 5 Belanjawan Tunai dan Varian Fungsi belanjawan Tunai 1. Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan 2. Mempertimbangkan permohonan pinjaman kewangan 3. Mengukur keupayaan tunai samada mampu atau tidak untuk membayar perbelanjaan dan hutang perniagaan 4. Mengawal aliran masuk dan keluar 5. Membuat perbandingan diantara pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan yang dianggarkan. 6. Menyediakan maklumat tentang penerimaan ,pembayaran dan baki tunai bagi tempoh tertentu Jika ada permasalahan berkenaan bab ini bolehlah para pelajar bertanya disini.Insyaallah cikgu akan cuba selesaikan.

Debaran menanti keputusan SPM

Hati ini berdebar debar menanti keputusan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan dan Matematik SPM tahun 2010. Cikgu Rasa pelajar pelajar cikgu juga dalam keadaan yang sama,malah lebih berdebar daripada cikgu. Cikgu begitu yakin semua akan beroleh keputusan yang baik malah dengan cemerlangnya. Insyaallah semoga berjaya 1. semua pelajar 5 PZ ( Prinsip Perakaunan) 2. Semua pelajar 5 RK dan 5DO ( Matematik Moden)

Tutorial 1

Tingkatan 5 Perakaunan untuk tunai i) Tujuan Kawalan Tunai - mengelakkan berlakunya kehilangan tunai kerana kecurian, penipuan dan penyelewengan. ( Urusniaga tunai harus disokong oleh dokumen yang sah) - memastikan terdapat tunai yang cukup -byr hutang, biayai perbelanjaan operasi perniagaan. - mengelakkan berlakunya kehilangan hasil( Wang haruslah dilaburkan untuk mendapatkan hasil- tunai yang terbiar ditangan) ii) Penyata Penyesuaian bank Cara penyediaan penyata penyesuaian bank Tolong klik disini

Tutorial 1

Tingkatan 4 Minggu Pertama persekolahan Tajuk: Pengenalan kepada perakaunan i) Pendedahan kepada Penyata Kewangan - Penyata Pendapatan( Income Statement) penyata yang mengukur prestasi perniagaan ( untung atau rugi) -Kunci Kira Kira ( Balance Sheet ) penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan ( aset, hutang/liabiliti dan modal ) ii) Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata Kewangan ialah pemilik perniagaan dan pemilik pula MELANTIK pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan penyata kewangan iaitu;- - Akauntan - menyedia dan mengesahkan penyata kewangan, memberi nasihat dan merancang dasar dasar kewangan. - Pengurus Kewangan- Pelaporan kewangan, akaun bulanan dan tahunan( Analisa)dan laporan kpd pihak atasan. - Pengurus Akaun- Menyelenggarakan semua transaksi kewangan dan mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan. iii) Penggu...