Skip to main content

Posts

PEPERIKSAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2022/2023 ( 7 HB MAC 2023 )

Assalamualaikum semua.  Pada 7 hb ni para pelajar Prinsip perakaunan akan menduduki peperiksaan  SPM. Cikgu beharap para pelajar telah mengulangkaji semua topik dengan baik.  Susunlah jadual belajar dengan baik dan jujurlah pada jadual yang kita buat. InsyaAllah kejayaan akan bersama sama dengan anda.
Recent posts

Muslim Accountants

Kem muslim accountant telah diadakan di MAsjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut PAhang. Tem ini telah dirancang khas untuk pelajar pelajar Prinsip Perakaunan Daerah Jerantut. Cikgu telah dibantu oleh bekas bekas pelajar Prinsip Perakaunan dan juga anak anak jerantut yang masih menuntut di universiti. Sepanjang kem ini para pelajar telah didedahkan dengan prospek perakaunan dasn juga motivasi diri untuk menjadi pelajar yang lebih berjaya.

mengatasi masalah kurang perhatian di dalam kelas. ( Kurang fokus)

Assalamualaikum Hari ni cikgu ingin berkongsi dengan para pelajar berkenaan dengan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa PDP berlangsung. Sepanjang cikgu menjadi seorang guru cikgu belum lagi menjumpai seorang pelajar yang betul betul fokus semasa cikgu mengajar. Sedangkan PDP yang paling berkesan ialah semasa didalam kelas tersebut. Setelah cikgu melakukan kaji selidik berkenaan dengan kekurangan tumpuan para pelajar di dalam kelas . Cikgu dapati para pelajar : 1. Rasa seronok belajar dirumah 2. Kepanasan dan keadaan kelas yang tidak kondusif 3. Tidak tahu tujuan dia belajar 4. Tidak minat pada subjek tersebut 5. Tidak faham guru mengajar 6. Ada kelas tuisyen di sebelah malam. 7. Ada masalah dalam hidup 8. Diganggu oleh kawan kawan 9. Risau dengan sindiran daripada kawan kawan 10.Suka main main dalam kelas Cara mengatasinya: Sebelum kita datang kesekolah kita semestinya sudah tahu apakah yang akan kita pelajari pada hari tersebut. Kita mestilah membuat pembacaan awal tentang

Petua kejayaan dan keberkatan ilmu yang dipelajari

Sepanjang cikgu menjadi seorang guru, cikgu ditanya oleh beberapa orang pelajar." Cikgu, saya dah banyak baca buku.Semua latihan yang cikgu beri saya buat dengan baik. Tapi bila exam saya masih tidak dapat keputusan yang baik. Mengapa Cikgu? " Jawapan ini telah cikgu berikan kepada pelajar cikgu. " Belajar ialah sesuatu yang amat luas. Bukan setakat ilmu yang kita belajar dalam kelas.Ilmu yang didalam kelas adalah pelajaran yang kita pelajari. tapi untuk ilmu tadi kekal dalam ingatan kita maka ada beberapa perkara yang perlu diambil kira : 1. Pastikan solat kita cukup dan sempurna dan sertakan dengan doa.. Jika kita belajar sekuat manapun kalau kita tidak menjaga solat kejayaan pasti jauh daripada kita. Walaupun kita mendapat A untuk subjek tersebut tapi suatu hari banyak perkara yang akan menyekat kejayaan kita. Contohnya, dah dapat segulung ijazah tapi sangat susah nak dapat pekerjaan. Cupa para pelajar fikir mengapa ia terjadi??? Nak kata tak pandai....rasanya pa

Sekalung tahniah cikgu ucapkan kepada Pelajar Cikgu SPM 2012.

Assalamualaikum Tahniah cikgu ucapkan diatas kejayaan anda. Seramai 23 calon daripadfa 29 calon yang mendapat Gred A. ( 10 orang A+, 12 orang A dan 1 orang A-) Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya anda semua berjaya dengan cemerlang, walaupun kesihatan cikgu terganggu sedikit tahun lepas. Berkat kesabaran para pelajar semua Allah kurniakan kejayaan kepada anda. Tahniah sekali lagi daripada cikgu.
Assalamualaikum semua... Minta maaf sebab lama tak update blog ni. Akhir bulan 12 tahun lepas, cikgu tak berapa sihat.. Hari ni 30 April 2012 baru rasa bertenaga sikit.. so rasanya bolehlah cikgu update kan blog cikgu..Cikgu nak tunjukkan cara menggunakan Qgrafik yang cikgu cipta tu. Insyaallah Next post cikgu ceritakan bagaimana untuk menggunakan Qgrafik untuk menjawab soalan Penyata pendapatan. Sekian wassalam