Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Akaun kelab dan persatuan

Pada hari ini cikgu cuba mengaplikasikan kaedah QGrafik untuk bab Akaun kelab dan persatuan. Ia agak berbeza sedikit dengan cara biasa, dan gadgetnya pun cikgu tambahkan. Sedikit Tips untuk merancang jawapan bagi soalan akaun kelab dan persatuan( Dengan kaedah Qgrafik) (Kebiasaan dalam akaun kelab dan persatuan diberikan buku tunai samada diberikan terus buku tunai yang telah di kirakan baki akhirnya dan kadang kadang diberikan sebelah penerimaan dan sebelah pembayaran. Melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat sama caranya kita merekodkan maklumat dari imbangan duga ke akaun penamat cuma baki dalam imbangan duga dimasukan terus kedalam akaun penamat mengikut baki akhirnya. manakala jika melalui buku tunai kita rekodkan ke akaun penamat mengikut sistem catatan bergu. Jika dalam buku tunai sebelah debit maka dalam akaun penamat akan direkodkan sebelah kredit. Baki awal yang diberikan untuk mencari dana terkumpul manakala baki akhir adalah untuk direkodkan ke dalam kunci kira kir

Cara Menggunakan QGrafik

Soalan penyata pendapatan milikan tunggal dan soalan perkongsian dapat diselesaikan menggunakan teknik Q Grafik. Apabila soalan diberikan imbangan duga maka teknik QGrafik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar berada dalam keadaan selamat iaitu less kesilapan. Cumanya ia lambat sedikit daripada kaedah menjawab biasa. Bezanya ialah dalam 2-3 minit. Saya telah mencubanya di beberapa buah sekolah dan baru baru ini saya telah mengadakan bengkel daerah jerantut dan sambutan nya amat memberansangkan. Q Grafik telah menjadi buah mulut pelajar pelajar akaun. Amat susah untuk saya terangkan disini kerana ia perlukan penjelasan yang teliti sebelum Qgrafik di gunakan.Untuk maklumat yang lebih tentang Q Grafik bolehlah menghubungi saya di talian 0199353337.

Kaedah menjawab soalan penyata pendapatan milikan tunggal

Kaedah QGRAFIK Kaedah qgrafik ialah satu kaedah yang telah cikgu cipta untuk membantu para pelajar dalam menjawab soalan penyata pendapatan. Q Grafik ( Kewangan Graf ) ialah satu gabungan pembelajaran yang menrangkumi beberapa kemahiran iaitu 1.persamaan perakaunan 2.Kontra akaun 3.Catatan bergu 4.Terakru terdahulu ( Hasil dan belanja) 5.Hafalan format penyata pendapatan.