Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

kerja kursus Tingkatan Lima

Sudah Hampir 3 minggu pelajar menyediakan kerja kursus tingkatan Lima. Apa yang boleh cikgu tolong ialah dengan memberi nasihat sahaja kerana kerja kursus adalah kerja yang pelajar kena buat dengan sendirinya. Setelah cikgu mengamati soalan yang diberikan cikgu rasa banyak maklumat yang boleh para pelajar cungkil daripada soalan tersebut dan secara tak langsung proses pembelajaran telah berlaku. daripada menyediakan lejar sehinggalah ke Imbangan duga. Selesai imbangan duga para pelajr diuji dengan pelarasan yang turut serta menguji pemahaman pelajar tentang susut nilai, hutang ragu,hasil dan belanja terakru dan terdahulu dan kesilapan yang mungkin terjadi apabila menyediakan akaun.seterusnya diuji pula dengan tafsiran akaun dan pemyediaan belanjawan. INGAT belanjawan adalah berkaitan dengan WANG iaitu aliran wang masuk dan keluar. OLeh itu KEPEKAAN pelajar dengan segala MAKLUMAT yang direkod adalah di uji dalam soalan ini. Cikgu harap para pelajar berusaha dengan gigih untuk memahami k